Kelas intensif 2 hari untuk usahawan, founder, dan marketer yang mahu hasilkan video berkualiti tinggi dengan pantas & konsisten — tanpa perlu tunjuk muka atau bajet besar.
Jika anda mengangguk pada salah satu perkara di bawah, anda berada di tempat yang betul.
Selama ini, hanya jenama besar dengan bajet mega mampu lakukan ini. Kini, kuasa ini di hujung jari anda.
Upah Model & Duta
Kos puluhan ribu ringgit hanya untuk bakat.
Produksi Mahal
Sewa studio, jurukamera, dan pasukan produksi yang besar.
Lokasi Terhad
Kos perjalanan yang tinggi untuk penggambaran di pelbagai lokasi.
Animasi Kompleks
Membayar agensi ratusan ribu untuk animasi 3D/CGI.
Ujian Terhad
Hanya mampu hasilkan 1-2 versi iklan kerana kos yang tinggi.
Cipta Duta Digital
Hasilkan 'virtual influencer' anda sendiri tanpa kos bakat.
Studio Maya
Latar belakang studio atau lokasi eksotik dari mana-mana sahaja.
Pasukan Satu Orang
Anda menjadi pengarah, jurukamera, dan editor serentak.
Visual Profesional
Jana visual produk 3D dan animasi berkualiti tinggi dengan mudah.
Ujian Tanpa Had
Cipta puluhan variasi iklan untuk diuji dengan pantas.
Ini bukan lagi fantasi. Dengan AI, anda boleh mencapai semua ini dan lebih lagi, dengan lebih cepat dan kos efektif.
"Aku sendiri telah melalui fasa kejatuhan bisnes apabila bergantung sepenuhnya kepada iklan berbayar dan mengabaikan kepentingan konten. Setelah berbulan-bulan mencari jalan keluar, aku menemui potensi sebenar AI dalam automasi konten video."
"Aku mula terlibat dalam online marketing sejak tahun 2013, dan pengalaman ini telah membentuk pemahaman mendalam aku tentang dinamik pasaran digital."
"Kini, aku bukan sahaja berjaya membina semula jenama aku tanpa perlu muncul di kamera atau mengupah pasukan yang besar, malah aku ingin berkongsi strategi dan tools yang tepat ini dengan anda. Aku faham cabaran yang anda hadapi, dan aku di sini untuk membimbing anda bangkit semula dengan cara yang paling bijak dan pantas."
— Wan Ramli,
Founder & Pakar AI Konten
Kurikulum padat selama 2 hari untuk membawa anda dari zero ke hero dalam penghasilan video AI.
Banyak kelas AI di luar sana, tapi kami fokus pada HASIL dan KEUPAYAAN yang boleh anda guna terus untuk bisnes.
Anda akan belajar 'prompt engineering' sebenar untuk mengarah AI, bukan sekadar meminta.
Cipta 'wajah' jenama yang sama untuk semua video anda, membina kepercayaan dan pengenalan jenama.
Belajar cara meletakkan produk sebenar anda dalam tangan jurucakap AI atau menukar latar belakang kepada kedai anda.
Kuasai keseluruhan proses dari idea ke video akhir, tanpa perlu bergantung pada sesiapa.
Tujuannya: Bukan hanya untuk belajar guna 'tools', tetapi untuk memberi anda KUASA menghasilkan konten video premium secara bebas dan berdikari.
Ini adalah kualiti yang boleh anda hasilkan. Ini bukan lagi masa depan, ini adalah realiti hari ini.
Contoh jurucakap profesional yang dihasilkan sepenuhnya oleh AI untuk mempromosikan produk kesihatan.
Contoh bagaimana AI boleh digunakan untuk menghasilkan drama pendek yang berkesan untuk menyampaikan mesej penting.
AI boleh meniru gaya influencer popular untuk menghasilkan video ulasan produk yang meyakinkan.
Lihat bagaimana AI boleh mencipta video promosi yang kemas dan profesional untuk perniagaan anda.
Saksikan bagaimana AI boleh membantu anda menghasilkan iklan produk kecantikan yang menarik perhatian.
Pelajari cara menggunakan AI untuk mencipta video testimoni User-Generated Content (UGC) yang autentik dan meyakinkan.
Sabar... Sebelum saya kongsikan harga, jom kita jujur dan buat kira-kira kos sebenar jika anda TIDAK MEMPUNYAI kemahiran AI ini.
Anggaran Jumlah Kos 'Hangus':
~ RM 3,000+
...hanya untuk SATU video.
Dan yang lebih menyakitkan... kos ini mungkin di luar kemampuan anda sekarang. Ini bermakna anda TIDAK PERNAH menghasilkan video yang benar-benar profesional untuk jenama anda, tetapi masih berharap untuk bersaing dengan jenama besar yang melakukannya setiap hari.
Kos bukan lagi isu besar. Anda tidak perlu lagi belanjakan ribuan ringgit. Kini, anda boleh hasilkan video-video berkualiti tinggi seperti contoh di atas (malah lebih baik!) selepas anda kuasai ilmu dalam kelas ini.
RM199
Kelas Intensif 2 Hari + Semua Bonus
Apa yang anda akan dapat:
Jaminan Kepuasan 100% atau wang dikembalikan
Masih ada persoalan? Kami sedia menjawab.
Tidak perlu. Kelas ini direka untuk pemula. Kami akan ajar anda langkah demi langkah, dari asas sehingga anda boleh hasilkan video sendiri.
Kami akan menggunakan gabungan perisian percuma dan berbayar, TAPI kami akan fokus pada cara memaksimakan penggunaan versi percuma. Anda akan diajar strategi dan tips eksklusif untuk menggunakan 'free trial' secara berulang kali, membolehkan anda menghasilkan video tanpa sebarang kos perisian. Setakat hari ini, kami sendiri tidak pernah membayar sebarang kos untuk setiap video yang kami hasilkan.
Sangat sesuai untuk usahawan, pemilik produk, penyedia servis, affiliate, dan sesiapa sahaja yang mahu menggunakan video untuk pemasaran. Teknik yang diajar adalah universal dan boleh disesuaikan dengan mana-mana niche.
Jangan risau! Semua sesi akan dirakam dan anda akan mendapat akses seumur hidup kepada rakaman tersebut untuk rujukan pada bila-bila masa.
Tinggalkan email anda dan kami akan hubungi anda apabila pendaftaran dibuka semula.
Pendaftaran Ditutup Sementara • Tarikh Baharu Akan Diumumkan